Apa yang penting untuk jadi traveler

Berbalik kepada topik blog, apa perkara yang penting perlu dipertimbangkan untuk menjadi seorang traveler? Tentunya yang menjadi persoalan adalah gaji yang anda terima setiap bulan. Apa yang anda perlu lakukan untuk menyara kehidupan atau asyik travel ke luar negara. Pada sata tentu sukar, apapun, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Bagi yang sudah berkahwin

Bagi yang sudah berkahwin, tentunya untuk travel agak memakan kos yang agak tinggi. Jadi memang anda perlukan wang yang banyak untuk travel ke banyak tempat. Bagi perempuan yang mempunyai anak, pasti cabaran untuk menyusu dan membesarkan anak menjadi satu cabaran ketika travel. Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk travel dan semestinya, langkah berjaga-jaga itu juga perlu.

Idealnya, kepada kaki jalan, yang terbaik adalah travel ke tempat yang anda ingin tuju semasa belum berkahwin. Tapi kalau dah kahwin tu nak buat macam mana kan, kena la pandai adjust sendiri.

Bagi yang sedang bekerja

Kalau mereka yang sedang bekerja ini, lebih baik ambil cuti untuk travel daripada terus berhenti. Income yang anda dapat tiap-tiap bulan tu pun penting untuk menyara kehidupan seharian. Kalau boleh, pilihlah jalan yang paling baik untuk memudahkan anda berjaya pada kemudian hari. Yang penting, perancangan kena anda salam setiap perkara yang anda lalukan.

Idealnya, jika anda mempunyai pendapatan lain selain daripada gaji, adalah lebih baik. Lagila kalau anda boleh bebas dari segi kewangan, memang menarik dan memang boleh travel sepuasnya.

Nantikan artikel seterusnya berkenaan dengan topik travel juga. Apapun, moga yang terbaik untuk anda.

Boleh baca artikel travel ke seluruh Malaysia ini dulu ye.