Travel ke Melaka berjumpa dengan Pegawai PTD

Alhamdulillah, berkesempatan ke Melaka untuk melancong ke sana. Melaka memang satu tempat yang menarik kalau anda pergi kerana banyak tempat perlancongan yang terbaik yang ada di sana. Kalau dari segi hotel pula, memang tiada masalah kerana memang banyak hotel yang terdapat di sana. Juga, tempat-tempat bersejarah yang anda boleh pergi, memang terbaik.

Kunjungan saya adalah selama 3 hari atas banyak urusan. Yang pertama adalah melawat sahabat lama saya yang merupakan seorang Pegawai PTD Gred M41. Namanya adalah Aiman yang kini sedang bekerja di bawah kementerian perlancongan. Mengenalinya saat sekolah rendah dan kami mengambil jalan yang berbeza, saya akhirnya menjadi seorang pengembara dan sahabat saya ini menjadi seorang pegawai PTD. Kepada beliau, semoga maju jaya.

Ada banyak tempat yang saya pergi apabila ke Melaka antaranya adalah, Kota A Famosa. Ianya adalah antara tempat yang wajib pergi kalau anda nak ke Melaka. Tinggalan sejarah Portugis untuk mempertahankan Melaka daripada diambil oleh pejuang Melayu Islam. Ironi kekal sehingga hari ini sebagai satu tinggalan sejarah yang baik untuk tatapan ganerasi kini.

Seterusnya sempat juga ke beberapa shopping mall seperti A Famosa Factory Outlet dan Mahkota Parade. Sempat la nak shopping beberapa helaian baju untuk banyak tujuan. Terima kasih tak terhingga kepada Aiman yang sanggup menjadi peneman perjalanan pada kali ini. Memang terbaik dan memudahkan perjalanan pada kali ini.

Begitulah update ringkas dari saya, banyak lagi yang hendak ditulis mengenai Melaka ini, apapun, cukuplah sampai di sini dulu untuk setakat ini. Mungkin lain kali saya akan cuba menulis lagi info terbaik berkenaan Melaka. Jumpa lagi.