Pengalaman Travel Selepas Berpantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Kali ini saya nak menceritakan tentang pengalaman rakan saya sendiri yang suka travel tetapi disebabkan oleh kekangan kerja dan lain-lain lagi, dia tak dapat nak travel sakan seperti saya. Lebih menarik lagi, sedikit pengalaman yang dikongsi beliau untuk travel selepas berpantang.

Semangat yang kental untuk travel

Kalau nak ikutkan di Malaysia ini, tak ramai orang perempuan yang suka travel ke sana-sini mencari idea dan nilai untuk sesuatu. Rakan saya Mira memang salah seorang yang saya rasakan bagus kerana kesanggupan dia untuk travel selepas habis berpantang. Sememangnya untuk seorang perempuan itu travel memerlukan sokongan dan dorongan kuat daripada keluarga terutama husband dia. Antara tempat yang dia sudah pergi selepas berpantang adalah di Pulau Perhentian dan kemudian ke Rantau Panjang sebelum pulang semula ke Melaka. Ye, memang satu pengalaman yang menarik dan tak semua orang khususnya perempuan boleh lakukan seperti dia.

Travel dan Kerjaya

Ramai yang tidak dapat travel ke banyak tempat kerana kekangan kerjaya. Saya faham masalah tersebut, tetapi untuk mengejar impian dan minat, memang ada pengorbanan yang perlu dikorbankan untuk berjaya. Saya juga bekerja secara part time sambil travel, dan diharapkan blog ini juga menyumbang kepada income saya untuk travel ke mana-mana tempat yang saya ingin pergi.

Akhir kata, cubalah sedaya upaya, kalau anda memang minat travel tu, teruskanlah minat anda. Harap kerjaya tidak menjadi penghalang untuk travel ke tempat-tempat yang anda ingin pergi.